Monday 4 July 2011

SISTA OVARI @ OVARI CYST

Terdetik aku nak menaip dan cari info tentang penyakit ini. Teringat aku akan seorang kawanku pun ada yang mengalami masalah sebegini ayng sekarang tengah mengandung 1 bulan lebih tambahan pula baru mendirikan rumah tangga. Memang dia disyorkan untuk menjalani pembedahan bagi membuang ovarinya yang bermasalah. Rasa simpati kepada beliau. Gerun juga untuk diri sendiri...hmmm......apa yang korang tahu tentang penyakit ini?? Ia boleh jadi kepada mana-mana wanita tanpa mengira status, sama ada dah kahwin atau tidak. Dan ia berkait rapat dengan kedatangan haid seseorang. Diri anda...pasti anda lebih tahu kan perjalanan haid anda. Kalau ada sesuatu yang mencurigakan atau lain dari biasa, jangan lah berlengah lagi, pergilah berjumpa dengan Pakar Sakit Puan yang berdekatan. Sekurang-kurangnya setahun sekali. Sebab kita tak tahu kan apa yang berlaku dalam tubuh badan kita.
Sista Ovari ini, jarang ada simptom. Kalau ada pun, kita akan rasa sakit perut yang memulas-mulas, sekejap sakit sekejap tidak. Kemudian, rasa bengkak di bahagian tertentu, di bahagian yang disyaki la. Jadi jangan berdiam diri. Lakukan sesuatu dan bertindaklah segera.



Jenis sista ovari
1. Functional Cysts – ‘sista fungsi’ sangat lazim berlaku. Dikaitkan dengan kelainan dari fungsi ovari yang normal, apabila telur cuba dikeluarkan seperti dalam proses ovulasi. Ia akan menghilang dalam tempoh sebulan hingga empat bulan.
2. Endometriomas – terbentuk pada wanita yang berhadapan dengan endometriosis, apabila tisu dari lapisan uterus membesar di luar uterus. Tisu ini mungkin terkena ovari dan mula membesar. Sista jenis ini mungkin akan mendatangkan kesakitan ketika hubungan kelamin dan ketika haid.
3. Sista folikel & korpus luteum – terbentuk apabila folikel yang menghasilkan telur dalam ovari membesar dan dipenuhi cecair. Korpus luteum pula jisim tisu berwarna kuning yang terhasil daripada folikel selepas ovulasi.
4. Sista neoplasma – dermoid, mengandungi pelbagai tisu seperti gigi, rambut, serpihan tulang – ovari polisistik, disebabkan timbunan sista-sista kecil yang berganda dan berlakunya ketidakseimbangan hormon.
Simpton sista ovari selalunya sukar dikesan sebagai simptom oleh sesetengah orang. Biasanya ia ditemui secara tidak sengaja ketika pemeriksaan pelvis. Apabila sista dikesan, imbasan perlu dilakukan untuk mendapatkan imej lebih jelas berserta ukuran, lokasi dan sama ada ia bersifat ‘solid’, dipenuhi cecair atau bercampur.
Untuk mengetahui jika sista ini mungkin barah, doktor biasanya akan membuat ujian darah untuk mengukur kehadiran bahan dalam darah yang dikenali sebagai CA-125.
Tetapi ujian CA-125 ini biasanya untuk wanita berusia 35 tahun ke atas yang lebih terdedah kepada penyakit ini.
Rawatan sista ovari bergantung kepada beberapa perkara, antaranya saiz dan jenis sista, usia (sama ada dalam tahun-tahun yang subur atau sudah putus haid), keinginan mendapatkan anak, tahap kesihatan secara total dan tahap serius gejala yang dialami.
Tetapi kaedah rawatan sista ovari ini biasanya menerusi pembedahan (itu pun jika ia tidak menghilang selepas beberapa kitaran haid dan bertambah besar, mendatangkan kesakitan dan anda sudah diambang pra menopaus) doktor akan membuangnya menerusi prosedur laparoscopy atau laparotomy.
Jika tidak, pesakit akan diberikan perhatian dan diminta kerap membuat pemeriksaan dalam tempoh sebulan ke tiga bulan untuk melihat perkembangan pertumbuhan sista ini. Ini biasanya rawatan pilihan untuk wanita muda yang masih inginkan zuriat dan tidak memerlukan pembedahan sebagai jalan terakhir.

* Hargailah setiap inci tubuh kite dengan sentiasa mengambil perhatian dan melakukan pemeriksaan yang berkala.

      

No comments:

Post a Comment

Followers